Followers

Saturday 10 December 2011

Gerhana Bulan

10 Dis. '11


Pada tarikh ini, kejadian gerhana bulan sekali lagi dijangka akan berlaku bermula dari jam 07.34 mlm sehingga 01.30 pagi Ahad waktu Malaysia.


Gerhana bulan berlaku bukanlah disebabkan oleh kemurkaan oleh Allah s.w.t, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.
Selain itu, ia merupakan peringatan kepada manusia tentang nikmat dan azab Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana bulan ini amat besar ertinya samada dari penghayatan iman mahupun sains.
Ia juga bukanlah satu fenomena yang asing pada zaman ini kerana fenomena ini turut berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw.


Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara, Redzuan Tahar, berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca.

Kita sebagai orang Islam, apakah yang perlu dilakukan apabila berlakunya fenomena gerhana bulan ini.?
-Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud 'Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda2 kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari / bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah'


Solat sunat gerhana bulan


  • Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
      
'Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala'

  • Solat sunat gerhana dilakukan sekurang2 nya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. (paling ringkas)
  • Bagi solat sunat gerhana ini terdapat surah2 yang lebih spesifik untuk dibaca seperti surah Al-Baqarah dan Al-Imran. Namun untuk kita melaksanakan solat sunat 2 rakaat ini juga sudah pun memadai walaupun membaca surah yg lain.

Bagaimana gerhana bulan berlaku :